Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata.
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.
APA ITU KARAT ( K )
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 99.9% kandungan emas.
Dikenali Emas Tulen ,
Emas Kertas ,
Emas Sepuluh
24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
22.8 K mengikut ukuran lama
( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 (Emas Sembilan),Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud.
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
22.8 K mengikut ukuran lama
( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 (Emas Sembilan),Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud.
1 OZ ( TROY OUNCE) = 31.10 GRAM. 1 DINAR = 4.25 GRAM
APA ITU SPREAD HARGA
Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita
Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA EMAS 999 (24K) DAN EMAS 916 (22K)
Emas 999 (24k) :
- Emas 1st class
- Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing.
- Kandungan Emas 999.9%
- ianya agak lembut( boleh dibentuk menjadi objek pejal spt barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek @ jatuh)
- Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
- Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
- Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu harga tinggi.
- Kekurangan emas 999 : Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu tidak menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar; Okeh itu, Jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda, eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.
Emas 916 (22k) :
- Emas 3rd class, bukan ORIGINAL ye… (bukan emas sepenuhnya)
- Kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
- 8.4 adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam.
- Pembeli biasa biasanya Tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan.
- Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
- Cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
- Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
- Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu agak rendah.
- Kelebihan emas 916 : Biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua arrahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas.
Kelebihan Emas
Umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan emas untuk dipakai di majlis perkahwinan dan hari raya.
Umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan emas untuk dipakai di majlis perkahwinan dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal erti kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek , emas ni nak bagi cucu
Kata orang yang nak kahwin,sebab kenaikan harga, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”
Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya.Maka antara kelebihan melabur didalam emas adalah:
- Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
- Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
- Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
- Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
- Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
- Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
- Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
- Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 250gram
- Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
- Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
- Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
- Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
- Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
- Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
- Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
- Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
- HANTARAN KAHWIN!! SIAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat…