Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya. |
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama. Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland. |
Simpanan emas menjamin masa depan |
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas |
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas. |
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai. *** Tertakluk kepada terma dan syarat. Pihak syarikat berhak mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. |
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Mengenai GCP
Langgan:
Catatan (Atom)